BUKU 2

KONTROVERSI PINJAMAN ASB

Soal Jawab Kedua Cover

Sinopsis

Siri Soal Jawab Kewangan Peribadi kali ini meneruskan tradisinya dengan menyingkap permasalahan berkenaan pelaburan melalui ASB, khususnya pinjaman untuk pelaburan ASB yang sudah menjadi kontroversi sejak sekian lama.

Didorong oleh permintaan tinggi daripada ramai pembaca, topik ini menjadi pilihan kerana ianya cukup penting dan ianya juga cukup memeningkan kepala! Tambahan pula para penyokong dan penentang cukup tegar menganggap mereka adalah benar 100%.

Buku ini lengkap dengan berbagai-bagai fakta dan akan banyak membantu pembacanya membuat penilaian yang tepat. Antara topik-topik yang dibicarakan ialah:

  • Bersama-sama Memajukan Dunia
  • Prinsip Pelaburan Saham Amanah
  • Rekod Baik Pulangan ASB
  • Menjana Wang Percuma Menggunakan Rekod Kewangan Anda
  • Contoh Simulasi Pinjaman ASB
  • Analisis Teknik Pinjaman

Buku ini juga memiliki satu topik istimewa yang dipanggil “Fakta-Fakta Tersembunyi Pelaburan ASB” yang mesti dibaca oleh sesiapa yang melabur ke dalam ASB! Ianya adalah original dan tiada sepertinya di luar sana. Sebagai contoh, tahukah anda bahawa pembelian insurans MRTA tidak menjejaskan keputusan pengiraan dan kesimpulan akhir yang terbit? Juga tahukah anda bahawa pembayaran Dividen yang rendah daripada ASB tidak akan banyak mengubah kesimpulan akhir pengiraan? Oleh itu, buku ini mesti dibaca!

Selepas membaca buku ini, anda akan mengetahui apa yang perlu dilakukan seterusnya. Peluang terbaik ini jangan dilepaskan kerana jika sudah terlambat, masa tidak akan boleh diputar kembali!

Selamat Membaca!

 

Preview

Lihat kesemua muka surat di dalam buku ini!

 

Simulator ASB

Sebagai bonus tambahan, buku ini disertakan dengan pemberian secara percuma (hanya kepada pembeli sahaja) satu simulator excel yang boleh membantu para pembaca membuat pengiraan mereka sendiri. Simulator ini akan sentiasa menunjukkan perbandingan sebelah-menyebelah di antara kedua-dua cara pelaburan (biasa atau pinjaman) pada setiap masa untuk kesenangan penggunanya.

Maklumat lanjut di SINI.

 

Advertisement