Dari Penulis

Pembaca yang dihormati, seperti yang dijanjikan, akhirnya dapat juga saya terbitkan buku kedua ini.

Semua orang inginkan duit yang lebih. Tetapi bagaimanakah melakukannya dengan selamat, tanpa ditipu dan tanpa kerugian?

Siri Soal Jawab Kewangan Peribadi kali ini meneruskan tradisinya dengan menyingkap permasalahan berkenaan pelaburan melalui ASB, khususnya pinjaman untuk pelaburan ASB yang sudah menjadi kontroversi sejak sekian lama.

Didorong oleh permintaan tinggi daripada ramai pembaca, topik ini menjadi pilihan kerana ianya cukup penting dan ianya juga cukup memeningkan kepala! Penulis sendiri pun ikut pening pada mulanya kerana perbandingan di antara simpanan secara biasa dan juga secara pinjaman nampak mudah dan biasa sahaja.

Sebenarnya banyak faktor-faktor berkait yang mengaburi keputusan pengiraan. Saya telah meneliti secara mendalam dan memastikan bahawa setiap jenis faktor-faktor ini, mestilah relevan dan mempunyai kesan yang benar kepada pelaburan tersebut. Jika tidak, ianya hanyalah faktor yang kecil biarpun nampak sebagai besar. Jika ada puluhan faktor-faktor sebegini, mengupas isu ini ke akar umbi akan menjadi amatlah rumit. Apa yang saya telah pelajari dan ketahui sejak bertahun-tahun yang lepas melalui banyak buku-buku saya yang menggunakan prinsip-prinsip ekonomi yang terbaik, saya gunakan untuk menjernihkan kefahaman mengenai skim pinjaman ASB ini.

Dengan penyelesaian isu kontroversi ini selepas pengiraan yang terperinci dan penelitian ke atas segala faktor-faktor berkenaan, saya juga menjumpai banyak fakta-fakta serta kesimpulan-kesimpulan menarik untuk pengetahuan dan kegunaan para pembaca. Sebagai contoh, tahukah pembaca bahawa pembelian insurans MRTA tidak menjejaskan keputusan pengiraan dan kesimpulan akhir yang terbit? Tahukah para pembaca bahawa pembayaran Dividen yang rendah daripada ASB tidak akan banyak mengubah kesimpulan akhir yang terbit? Banyak lagi fakta-fakta menarik yang saya paparkan di dalam buku yang amat padat ini untuk pengetahuan ramai.

Selain daripada itu, saya juga telah ringkaskan segala jenis pengiraan, dan masukkan kesemuanya ke dalam satu simulator komputer yang boleh mengira dengan pantas apa jua senario yang boleh pembaca fikirkan. Simulator ini akan sentiasa menunjukkan perbandingan sebelah-menyebelah di antara kedua-dua cara pelaburan (biasa atau pinjaman) supaya ianya sungguh mudah untuk para penggunanya. Saya berikan simulator ini secara percuma kepada pembeli buku ini sahaja untuk kemudahan mereka.

Selepas membaca buku ini, pemiliknya akan tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya. Peluang terbaik ini jangan lepaskan kerana jika sudah terlambat, masa tidak akan boleh diputar kembali dan bukan pembaca akan rugi.

Selamat Membaca!

Advertisement